Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS BERKAS EMPAT WARGA ASING, RAMPAS 1.1 KG GANJA

POLIS BERKAS EMPAT WARGA ASING, RAMPAS 1.1 KG GANJA

Seri Kembangan, 8 Julai - Penahanan dan pemeriksaan ke atas seorang lelaki Timur Tengah telah membawa kepada penangkapan tiga lagi lelaki warga tersebut bersama sejumlah dadah di sebuah pangsapuri di sini, bulan lalu.

Dalam tangkapan awal oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor ke atas suspek yang pertama, pihak polis telah menjumpai ketulan ganja mampat seberat 31 gram dalam pakaian suspek.

Ekoran daripada penahanan tersebut, suspek kemudiannya membawa pihak polis ke sebuah pangsapuri di mana pihak polis telah membuat serbuan dan menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta menemui sejumlah satu kilogram ganja di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah seberat 1.1 kilogram itu dianggarkan bernilai RM3,500 dan kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS