Tawau, 21 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas rokok pelbagai
jenis tanpa cukai bernilai kira-kira RM148,000 dalam operasi di perairan
daerah ini, semalam.
Komander
PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata rokok itu dirampas dalam
operasi pada kira-kira 4 petang di kawasan Tanjung Batu.
"Ketika operasi itu,
pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot yang mencurigakan. Apabila
bot itu diperiksa kami menjumpai rokok tersebut," kata beliau dalam
satu kenyataan.
Seorang
lelaki warga tempatan berusia 19 tahun turut ditahan, katanya. Mohamad
berkata, rokok itu yang diseludup masuk dari negara jiran adalah untuk
pasaran di sekitar Daerah Tawau.
Sumber: BERNAMA