Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS MIRI TAHAN LELAKI MILIKI DADAH BERNILAI LEBIH RM15,000

Miri, 23 Jun - Polis Miri memberkas seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM15,000 dalam operasi di Jalan Taman Boulevard di sini malam semalam.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata penganggur berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 9.50 malam susulan maklumat awam.

"Dadah yang dirampas ialah jenis Ketamine seberat 57 gram dan lima biji pil Erimin 5 seberat 1.40 gram," katanya hari ini.Beliau berkata dadah terbabit dibungkus di dalam 31 peket plastik lut sinar.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, katanya

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS