POLIS RAMPAS 500 KOTAK PELBAGAI MERCUN DI BATU ARANG
Kuala
Lumpur, 23 Jun - Polis merampas sebanyak 500 kotak mercun pelbagai
jenis di sebuah ladang kelapa sawit di Batu Arang, Selangor, dianggar
bernilai kira-kira RM700,000, Jumaat lepas.
Ketua
Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata mercun itu dijumpai dalam
tiga buah stor dan di dalam sebuah kontena dalam kawasan ladang itu pada
pukul 4 petang.
Ketika
serbuan terdapat tiga suspek lelaki disyaki warga asing sedang sibuk
mengemas stor berkenaan, namun menyedari kehadiran polis mereka sempat
meloloskan diri, katanya.
Ali
berkata pihaknya percaya mercun tersebut diseludup masuk dari Thailand
untuk dijual di pasaran tempatan bagi kegunaan semasa sambutan
Aidilfitri tahun ini.
Menurutnya,
kesemua mercun berkenaan akan dilupuskan dan kes disiasat mengikut
Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh
tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan.
Sumber: BERNAMA