Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

SEMBUNYI DADAH DALAM BAGASI, WARGA AFRIKA DITAHAN

SEMBUNYI DADAH DALAM BAGASI, WARGA AFRIKA DITAHAN

Kuala Lumpur, 3 Julai – Taktik menyembunyikan dadah di dalam beg yang diubahsuai oleh seorang lelaki warga Afrika gagal apabila perbuatannya itu berjaya dihidu oleh pihak polis pada bulan lalu.

Suspek ditahan di Balai Ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pemeriksaan dilakukan ke atasnya kerana berkelakuan mencurigakan.

Berdasarkan pemeriksaan oleh pihak polis, suspek didapati telah menyembunyikan sejumlah 815 gram dadah syabu dalam batang besi kedua-dua beg troli yang dibawa oleh suspek.

Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM122,250 dan suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengesan maklumat berkenaan aktiviti kurier dadah melibatkan warga asing ke negara ini.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS