SOROK DADAH DALAM UBI
SOROK DADAH DALAM UBI
Sepang,
8 Julai –Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah berjaya merampas sejumlah dadah
syabu yang disorokkan di dalam dua ketul ubi dalam pemeriksaan ke atas
bagasi-bagasi yang tidak dituntut di Pejabat Lost & Found KLIA pada
bulan lalu.
Sebelum
itu, di lokasi pemeriksaan yang sama juga, JSJN KLIA berjaya merampas
sejumlah dadah syabu yang disembunyikan dalam tangkai beg troli yang
tidak dituntut.
Jumlah rampasan adalah 1.9 kilogram dan dianggarkan bernilai RM280,000.
Pihak
polis percaya dadah-dadah yang dirampas ini telah ditinggalkan oleh
kurier sindiket dadah terbabit setelah menyedari kehadiran pihak
berkuasa yang membuat pemerhatian di kawasan KLIA, Sepang.
Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat.