TIGA DITAHAN TERLIBAT JUDI PIALA DUNIA
Kuantan, 24 Jun - Tiga lelaki ditahan dipercayai terlibat
dengan sindiket perjudian bola sepak Piala Dunia melibatkan wang pertaruhan RM37,000.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Risikan dan Operasi Pahang,
Supt Md Zamrie Mat Zanu berkata mereka yang berusia antara 24 hingga 52
tahun diberkas berasingan di sini dan Triang, Bera dalam Ops Soga pada
Sabtu dan Ahad lepas.
Beliau
berkata suspek ditahan di dua premis berasingan di sini antara pukul 2
hingga 3 pagi pada Sabtu manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah
di taman perumahan dekat Triang esoknya.
"Dalam
serbuan itu polis turut merampas sebuah komputer riba, telefon bimbit
dan modem wi-fi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pertaruhan
itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua
mereka disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953. Beliau
berkata sehingga kini sebanyak lapan orang yang terlibat dalam sindiket
perjudian bola sepak Piala Dunia diberkas di negeri ini sejak perlawanan
berlangsung.
Sumber: BERNAMA