Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

DUA BERANAK DITAHAN TIPU PENIAGA RM62,000

Ipoh, 4 Sept - Polis menahan dua beranak yang disyaki menipu dan
memperdaya seorang peniaga runcit hingga menyebabkan kerugian RM62,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Supt Maszely Minhad berkata suspek dan anak lelakinya yang masing-masing berusia 46 dan 20 tahun ditahan di hadapan Balai Polis Gerik pukul 3 petang semalam.

"Mangsa yang berusia 50-an mendakwa telah ditipu kedua-dua suspek yang menawarkan diri untuk melepaskan anak lelakinya yang ditangkap polis Thailand atas kesalahan menyeludup daun ketum pada 5 Julai lepas," katanya.

Maszely berkata mangsa telah melakukan beberapa transaksi wang ke dalam akaun suspek seperti yang diminta sebagai 'duit kopi' untuk diberikan kepada polis negara terbabit bagi membebaskan anaknya.

Bagaimanapun tindakan suspek terbongkar apabila anak lelaki mangsa yang dibebaskan pada 25 Ogos lepas memaklumkan dia didakwa di Mahkamah Betong dan bayaran dendanya dibayar menantu mangsa, katanya.

Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS