Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

RAJA DADAH IRAN ANTARA YANG DIBERKAS

Kuala Lumpur, 27 Okt – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi oleh warga negara Iran yang juga merupakan raja dadah pada minggu lepas.

Dalam enam serbuan berasingan sekitar ibu negara sejak Khamis lepas, pihak polis berjaya menahan sembilan suspek yang juga pengedar dadah dan turut merampas 9.5 kilogram syabu bernilai RM1.3 juta.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek berumur 22 hingga 60 tahun itu diberkas selepas polis menjalankan risikan selama sebulan ke atas sindiket terbabit. 

“Kami (polis) turut menahan seorang wanita tempatan dipercayai terbabit sama dan aktif dalam menjalankan kegiatan pengedaran dadah selain seorang warga Afrika yang juga keldai dadah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Tujuh buah kenderaan mewah, barang kemas dan wang tunai milik ahli sindiket yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta turut disita, “ katanya dalam satu sidang media yang dijalankan di Bukit Aman, pagi tadi.

Kesemua suspek kini direman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dadah-dadah yang berjaya dirampas..


Sidang media pada hari ini..


Pengarah JSJN, Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim ketika sidang media pada hari ini..


Hasil-hasil rampasan dadah pada hari ini...


Kereta-kereta mewah yang dirampas...


Kereta-kereta mewah yang dirampas...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS