Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

FAMILI DADAH TUMPAS

Kuantan, 29 Oktober - Polis menahan lelaki berusia 21 tahun termasuk lima ahli ke luarganya selepas disyaki terbabit dengan kegiatan mengedar dadah syabu di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Haji Ahmad, di sinl pagi Ahad lalu.

Dalam serbuan jam 1.30 pagi itu, lelaki dikenali sebagai Tango dan keluarganya itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selepas menerima maklumat awam.

Hasil pemeriksaan di tingkat atas rumah teres itu, polis menemui 3.49 gram ketulan kristal dadah syabu yang siap diproses diikuti 3335.66 gram meth oil, bahan kimia seperti hydrochloric dan sodium hydroxide.

Menurutnya Ketua Polis Pahang, Senior DCP Dato' Seri Sharifuddin Abd Ghani, siasatan awal mendapati semua bahan itu dipercayai dapat menghasilkan 2.5 kilogram syabu dianggarkan bernilai RM275,000.

Kesemua ditahan direman sehingga 2 November ini di lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS