Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

SEORANG LELAKI DITAHAN JUAL ROKOK SELUDUP

Pulau Pinang, 29 Okt – Sepasukan Polis Marin (PPM) dari Wilayah 1 menahan seorang lelaki dan merampas 112 karton rokok putih dalam Operasi Landai yang dijalankan di sebuah pasar malam sekitar kawasan Batu Maung lewat petang, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan, pihak polis menemui rokok putih pelbagai jenama yang disimpan di dalam bonet belakang kenderaan yang dibawa oleh suspek.

Menurut Komander PPM W1, ACP Mohd Yusof Abdullah pihaknya mendapati suspek yang berumur 32 tahun itu berada dalam keadaan mencurigakan semasa serbuan dilakukan.

“Siasatan awal yang dilakukan kami (polis) mendapati rokok tersebut dijual kepada pelanggan di sekitar kawasan Batu Maung terutamanya pekerja warga asing.

“Rokok putih tersebut dianggarkan bernilai RM16,228.80 dan kesemua barangan yang dirampas termasuk kenderaan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (Siasatan dan Pendakwaan) negeri untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1957,”katanya lagi.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS