Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

KAPTEN DAN ANAK KAPAL DITAHAN SELUDUP UBAT DAN MAKANAN

George Town, 13 Feb – Sejumlah ubat dan makanan seludup dari negara jiran berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam satu serbuan ke atas sebuah bot barter trade di perairan laut Weld Quay, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, maklumat risikan diperoleh dari Unit Risikan Marin (URM) dan sepasukan pegawai dan anggota PPM dikerahkan untuk menahan dan memeriksa bot terbabit.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati terdapat sejumlah kotak yang dalam keadaaan mencurigakan. Setelah diperiksa mendapati terdapat pelbagai barang makanan dan ubat-ubatan yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Soal siasat dijalankan ke atas kapten bot dan anak kapal yang merupakan warga asing, mendapati makanan dan ubatan serta herba yang diseludup mendapat permintaan yang tinggi dari rakyat Indonesia yang bekerja di Pulau Pinang,” katanya.

Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM8,269.

Kesemua barangan terbabit, kapten serta anak kapal dibawa balik ke Pangkalan Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS