Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

EMPAT WARGA ASING DICEKUP POLIS MARIN

Miri, 5 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 berjaya menahan empat orang pendatang asing tanpa izin warga Indonesia dalam Operasi Pensura yang dijalankan di Kuala Batang Baram, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander PPM Wilayah 5, Superintendan Mohd Yazib Abd Aziz berkata, dalam operasi jam 1 pagi itu, pasukannya mengesan sebuah bot mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat warga Indonesia berada di dalam bot tersebut dan dipercayai tinggal melebihi tempoh masa," katanya.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS