Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

EMPAT WARGA ASING DITAHAN POLIS MARIN

Bintulu, 20 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5  berjaya menahan empat lelaki warga asing dalam satu operasi di Sungai Kemena di sini, tengahari tadi.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata mereka ditahan kerana tidak memiliki permit kerja dan passport tamat tempoh.  

Tambah beliau lagi semua warga Indonesia yang ditahan dalam operasi yang dijalankan pada pukul 12.30 tengahari itu berumur antara 22 dan 52 tahun.

Kesemua mereka diserahkan kepada Jabatan Perikanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS