Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

STAFOC, JSJ PULAU PINANG TEMUI SEPUCUK SENJATA API BERSAMA 39 BUTIR PELURU


Perai, 26 Mac - Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang berjaya menahan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes tembakan seorang lelaki hingga maut di persimpangan lampu isyarat di Jalan Scotland, George Town awal Mac lalu.

Menurut Komander STAFOC, SAC Dato' Razarudin Husain, suspek lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pasukan terbabit di sebuah gerai menjual burger di kawasan perumahan di Bandar Perai Jaya, kira-kira pukul 9.00 malam tadi.

“Penahanan suspek telah membawa polis ke kediamannya dan telah menemui sepucuk senjata api bersama 39 butir peluru.

“Tangkapan dan rampasan kes ini adalah hasil pendedahan dan maklumat soal siasat daripada sembilan suspek yang ditahan sebelum ini,” jelas beliau.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS