Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

77,700 BATANG ROKOK SELUDUP BERJAYA DIRAMPAS


Pontian, 10 April - Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 77,700 batang rokok seludup pelbagai jenis dalam Op Landai yang dijalankan oleh sepasukan Polis Marin Wilayah Dua di Taman Pontian, di sini, petang semalam.

Menurut komandernya ACP Paul Khiu Khon Chiang, lelaki yang bekerja sebagai penjaga stor itu ditahan semasa pemeriksaan polis ke atas suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebuah bungkusan plastik yang dibawa oleh suspek mengandungi sejumlah 1,700 batang rokok pelbagai jenis yang dipercayai untuk dijual kepada beberapa buah kedai runcit di sekitar kawasan tersebut.

“Hasil soal siasat ke atas suspek, polis berjaya merampas 76,000 lagi batang rokok yang disorokkan di dalam sebuah rumah berhampiran. Rumah tersebut telah dijadikan sebagai stor transit sebelum rokok-rokok tersebut diagihkan kepada pelanggan, “ terang beliau.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM44,859.21 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS