Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

ROKOK KRETEK BERNILAI RM104,170 DIRAMPAS

Kota Tinggi, 13 April – Sebanyak 11,000 bungkus rokok kretek dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang dalam Ops Landai, di sini, tengah malam tadi.

Serbuan dibuat oleh sepasukan anggota di kawasan Gugusan Adela berhampiran pantai Sungai Rengit, Johor Bahru.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pihaknya melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu laju dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi.

“Kita berjaya menahan kereta yang dipandu apabila ia terbabas dan melanggar pokok sawit, namun pemandu kenderaan berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan menemui sejumlah rokok kretek jenis Top Ten Mild dipercayai diseludup untuk dijual di pasaran tempatan,” katanya.

Tambah ACP Paul, jumlah keseluruhan barangan yang dirampas termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM169,170 dan dibawa ke Markas Operasi Pengerang untuk disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS