Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS GEMPUR PENAGIH DADAH DI MERSING


Mersing, 23 April – Seramai 24 orang penagih dadah berjaya ditahan dalam satu Operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sekitar jeti dan perairan Endau, di sini, semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang, pihaknya telah hadir untuk membantu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Mersing, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Mersing dalam operasi tersebut.

“Operasi yang dijalankan selama 5 jam ini mensasarkan pekerja-pekerja bot ikan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Seramai 13 orang warga asing dan 11 orang warganegara Malaysia ditahan, dan hasil dari ujian saringan yang dijalan ke atas mereka, 12 suspek didapati positif dadah jenis MOP,” katanya.

Kesemua suspek seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing bagi tindakan selanjutnya.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS