Kuala Lumpur, 29 April – Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur berjaya menahan tujuh suspek yang terlibat dalam kes samun sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, pada 10 April lalu.
Turut dirampas emas yang telah dilebur.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook page rasmi beliau sebentar tadi.