Klang, 1 Mei - Pelbagai jenis ubat-ubatan tidak berdaftar telah dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam satu operasi yang dijalankan di Laut Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang, di sini, semalam.
Menurut Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, pihaknya telah menahan dan memeriksa sebuah bot yang sedang menghala ke Panipahan, Indonesia dari Jeti Asa Niaga Pelabuhan Klang.
"Pemeriksaan lanjut menjumpai sejumlah ubat-ubatan di mana pemilikan keluaran tidak berdaftar dimuatkan dalam bot tersebut," katanya.
Kes disiasat di bawah Peraturan 7.1(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.