Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

SINDIKET CURI KENDERAAN LUMPUH

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan sindiket curi kenderaan pelbagai jenis bernilai kira-kira RM15 juta dengan tertangkapnya tujuh orang dalam serbuan berasingan di Sungai Buloh, kelmarin.

Serbuan polis kira-kira jam 1.30 petang berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun serta merampas dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan Lexus yang dipercayai dicuri.

Hasil Soal siasat lanjut kemudian membongkar penemuan sebuah gudang di Kampung Baru, Sungai Buloh, yang menempatkan enam kenderaan iaitu dua buah Toyota Hilux, Toyota Estima, Toyota Fortuner yang dilaporkan hilang di Puchong, Wangsa Maju dan Kota Damansara. 

Selain itu, pada 3.30 petang hari yang sama, polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Cheras dan menahan enam lagi suspek.

Sumber: Sinar Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS