Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS MARIN RAMPAS ROKOK SELUDUP PELBAGAI JENIS

Johor Bahru, 29 Julai- Pelbagai jenis rokok seludup dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam satu serbuan di Taman Pelangi Indah, di sini, petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Waja dan menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM28,970.88.

"Suspek walau bagaimanapun dapat melarikan diri ke arah kawasan perumahan berdekatan dan usaha gigih sedang dibuat bagi memburu suspek dan pemilik kenderaan tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, rokok seludup tersebut dijumpai di bahagian belakang tempat duduk dan dalam bonet belakang kenderaan tersebut yang dipercayai untuk dijual kepada pelanggan.

Kesemua barang rampasan dibawa balik ke Markas Operasi PPM untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1959 kerana memiliki barang tanpa kelulusan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS