Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM MUAR RAMPAS PELBAGAI JENIS ROKOK BERNILAI LEBIH RM28 RIBU


Muar, 27 Okt – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas pelbagai jenis rokok yang membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM28,480 dalam Ops Landai di Taman Putera Jalan Salleh, di sini, pagi tadi. 

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, hasil maklumat awam, pihak polis telah membuat intipan dan menjumpai sebuah kereta yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penyeludupan rokok di kawasan Sg Balang.

“Dalam serbuan pada jam 1 pagi, suspek bertindak melarikan diri selepas dikejar hingga ke kawasan perumahan di Taman Putera.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang ditinggalkan berjaya menjumpai 10,205 paket pelbagai jenis jenama yang dipercayai untuk pasaran sekitar Muar” katanya lagi

Kesemua rampasan termasuk sebuah kereta di bawa ke jeti PPM Muar untuk disiasat dibawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS