Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

STING TUMPASKAN LAPAN SUSPEK PENGEDARAN DADAH

Kuala Lumpur, 27 Okt – Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) berjaya menahan lapan suspek warga Iran yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan di Mont Kiara, Jalan Ampang dan Kinrara, semalam.

Serbuan tersebut turut berjaya merampas 10kg dadah jenis Syabu serta peralatan yang digunakan untuk pemprosesan.

Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau pagi ini.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS