Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

LELAKI TAMPAR TEMAN WANITA SEHINGGA MAUT AKIBAT TERJATUH DITAHAN REMAN

Kuala Lumpur, 31 Okt- Lelaki yang disyaki menampar teman wanitanya sehingga maut setelah terjatuh di lereng bukit di Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai, Ampang, ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Supt Nazri Nawawi berkata suspek yang berusia 30-an, direman sejak semalam sehingga Jumaat depan.

"Menurut seorang saksi yang melihat kejadian 12.50 tengah malam semalam, mangsa dan suspek dilihat bergaduh sebelum mangsa ditampar dan terjatuh ke lereng bukit dari ketinggian 26 meter," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nazri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS