Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

PPM RAMPAS 600 PAKET TEPUNG YANG CUBA DISELUDUP KELUAR DI TAWAU

Tawau, 24 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya merampas 600 paket tepung jagung yang cuba diseludup keluar ke negara jiran di perairan Sungai Haji Kuning, dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata tepung berkenaan dirampas kira-kira pukul 3.30 petang dalam sebuah bot laju yang sedang menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia.

"Ketika operasi itu pasukan peronda telah menahan bot laju berkenaan yang dinaiki seorang lelaki dan wanita. Pemeriksaan terhadap bot itu mendapati terdapat 600 paket tepung jagung.

"Kedua-dua individu itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen pelepasan daripada kastam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua individu berkenaan dan kesemua tepung itu kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS