Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

MARIN PENGERANG TAHAN 35 PATI

Kota Tinggi, 14 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang cuba keluar secara haram dari negara ini di Sungai Rengit, di sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata pasukannya yang turut dibantu Jabatan Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Mukim Pantai Timur berjaya menyerbu 28 lelaki dan tujuh wanita yang sedang berkumpul di Pantai Awam KEJORA Punggai.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua warga asing tersebut sedang menunggu bot pancung untuk balik ke Indonesia”, katanya lagi.

Kesemua tahanan dibawa balik ke Balai Polis Bandar Penawar dan kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS