Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

12,180 LITER MINYAK DIESEL DIRAMPAS MARIN BINTULU


Bintulu, 20 Jan - Sejumlah 12,180 liter minyak diesel berjaya dirampas Marin Bintulu dalam satu operasi yang dijalankan di Sungai Batang Kemena, dekat sini, petang tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, pihaknya telah memeriksa sebuah bot dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan Op Pensura di Sungai Batang, Bintulu.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut tiada sebarang tanda pengenalan dan membawa 12,180 liter muatan minyak diesel.

"Juragan tidak memiliki sebarang dokumen yang sah untuk membawa muatan minyak diesel tersebut," katanya.

Rampasan minyak diesel dan bot dianggarkan bernilai RM90,097.

"Juragan bersama bot ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1991," tegas beliau.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS