Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

OP LANDAI: 13 EKOR TENGGILING DIRAMPAS MARIN MUAR


Muar, 26 Jan - Sebanyak 13 ekor tenggiling berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dalam Op Landai yang dijalankan di kawasan pinggir laut Parit Jamil, dekat sini, awal pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, semasa rondaan kira-kira jam 1.30 pagi, pasukannya terserempak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila pihak kami menghampiri kenderaan tersebut, dua lelaki melarikan diri di kawasan bakau berdekatan," katanya.

"Hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis menemui beberapa karung guni yang mengandungi 13 ekor tenggiling yang disembunyikan di dalam bonet kenderaan tersebut. Haiwan eksotik itu dipercayai dijual di pasaran dengan harga RM200 sekilo," jelas beliau lagi.

Rampasan termasuk kenderaan dianggarkan bernilai RM20,400 dibawa ke Markas Operasi PPM Muar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS