Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

19 LELAKI ASING DITAHAN DI GEORGE TOWN

George Town, 26 Mac 2016 - Seramai 19 lelaki asing ditahan secara berasingan dalam Operasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar daerah Timur Laut di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang berusia di antara 20 hingga 45 tahun terdiri daripada 10 warga Bangladesh, enam warga Myanmar dan tiga warga Indonesia.

Dalam operasi bermula 9 pagi hingga 6 petang itu, polis melakukan pemeriksaan terhadap 140 warga asing di Jalan Magazine, Jalan Argyll, Medan Fettes, Jalan Sataria dan tiga tapak pembinaan di Jalan Batu Feringghi.

"Hasil pemeriksaan itu, 19 daripada mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas lawatan sosial," katanya di sini, malam ini.

Mior Faridalatarash berkata semua yang ditahan itu akan dihantar ke Depot Tahanan Juru untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6(3) Akta Imgresen 1959/63, Seksyen 15 (4) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi bersepadu itu disertai 54 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama penguatkuasa Jabatan Imigresen, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (SSPDRM). - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS