Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS PATAHKAN PENGANJURAN PESTA GANJA 420 DI DUNGUN

Besut, 21 April 2016 - Polis berjaya mematahkan kegiatan tidak bermoral sekumpulan remaja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun, semalam.

Pesta ganja itu berjaya dihentikan selepas empat orang lelaki berusia antara 18 hingga 27 ditahan di sebuah wakaf berhampiran kawasan rekreasi terbabit kira-kira pukul 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata polis turutmendapat maklumat penganjuran pesta itu selepas ia tersebar di laman sosial sejak 12 April lalu.

"Semasa serbuan dilakukan dua suspek memakai baju yang bertulis 'DAMAI' dan hasil pemeriksaan lanjut membawa penemuan 13 batang rokok gulung yang dipercayai berisi daun ganja dan satu paket plastik gula-gula yang mengandungi ketulan mampat daun kering dipercayai dadah jenis sama.

"Ganja yang dirampas adalah seberat 22.3 gram yang dianggarkan bernilai RM250," katanya kepada pemberita selepas upacara majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Besut yang baharu, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi di Dewan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di sini hari ini.

Rosli berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan dadah berkenaan diperoleh dari luar daerah itu.

Sementara itu dalam perkembangan lain Rosli berkata pihaknya masih meneruskan pemantauan pesta "Full Moon Beach Party" yang dijadualkan berlangsung di Pulau Perhentian semalam.

Katanya hasil pemantauan selama dua hari yang dilaksanakan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tidak mengesan sebarang aktiviti seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sebelum ini.-BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS