Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

TIGA LELAKI DITAHAN TERLIBAT KES GADUH SEHINGGA ROSAKKAN KENDERAAN

George Town, 28 Okt - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sehingga merosakkan beberapa motosikal dan kereta di Paper Estate Tanjung Bungah, di sini pada 22 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata tiga lelaki berusia 16 hingga 32 tahun itu ditahan di Tanjung Tokong di sini semalam.

Beliau berkata pergaduhan itu dilaporkan berpunca apabila seorang daripada mereka menunjukkan isyarat lucah kepada beberapa lelaki lain menyebabkan mereka bertindak agresif.

Tiga lelaki itu direman lima hari bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan beberapa lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, katanya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata polis menahan semula seorang lelaki yang melarikan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah George Town, di sini pada 29 Ogos lepas untuk perbicaraan kes pecah rumah.

Beliau berkata lelaki berusia 32 tahun yang juga pengawal keselamatan di mahkamah itu ditahan di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS