Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

RAKYAT FILIPINA DITAHAN SELUDUP MASUK BARANGAN KOSMETIK DI SEMPORNA

Semporna, 29 Disember 2016 - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang lelaki warga Filipina selepas cuba menyeludup masuk 4,320 botol barangan kosmetik di kawasan Laut Singgamata, malam tadi. 

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata anggota PPM yang menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran (DCOY 2) dibantu bot tempur RH 47 yang menerima aduan awam telah menahan dan memeriksa perahu itu kira-kira pukul 10 malam.  

"Hasil pemeriksaan terhadap perahu itu menemukan 10 kotak berisi 4,320 botol produk kosmetik yang setiap satunya seberat 50 gram dan turut dirampas perahu berkenaan, enjin sangkut dan tong minyak.

"Juragan perahu itu yang berusia 36 tahun dan berasal dari Pondohan Sibangkat, Filipina juga ditahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM24,310 dan kesemua barangan rampasan itu dibawa ke Pangkalan Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya. Katanya, kes itu disiasat di bawah Akta Farmasi 1951. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS