Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN DUA NELAYAN, RAMPAS SEJUMLAH HEROIN, SYABU

Kota Tinggi, 31 Disember 2016 - Polis menahan dua nelayan dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu daripada mereka di hadapan sebuah rumah di Pekan Tanjung Sedili, di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kedua-dua mereka ditahan pada 9.50 malam selepas polis bertindak atas maklumat orang awam.

"Lima peket plastik lutsinar dadah jenis heroin seberat 8.86 gram dan satu peket kecil lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.22 gram ditemui disimpan di dalam beg kecil di atas lantai di rumah berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata kedua-dua mereka yang berumur 24 dan 31 tahun serta masih bujang itu didapati positif dadah jenis morfin.

Kedua-dua mereka kini direman sehingga 4 Jan ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama, katanya. - BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS