Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS KELUAR 56 SAMAN DALAM OP SAMSENG JALANAN DI LDP


Kuala Lumpur, 15 Januari 2017 - Polis Trafik Subang Jaya mengeluarkan 56 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan di Plaza Tol Puchong Barat, Lebuhraya Damansara-Puchong dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Subang Jaya, DSP Azman Shari'at berkata operasi berkenaan dijalankan oleh 10 pegawai dan 53 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dan Trafik Bukit Aman.

Katanya, dalam operasi 10 jam bermula 11 malam itu, seramai 66 individu telah diperiksa.

"Saman dikeluarkan antaranya melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan tiada cermin sisi.

"Selain saman, kami juga menyita 38 motosikal pelbagai jenis," katanya dalam satu kenyataan di sini.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS