Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

TUJUH DITAHAN TERLIBAT KES SAMUN KEDAI SERBANEKA

 

Seremban, 15 Januari 2017 - Polis menahan tujuh individu berusia 15 hingga lapan 29 tahun pada 6 Januari lepas kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan di dua lokasi berbeza di sekitar Senawang.

"Kita merampas beberapa pakaian, topi keledar, beg silang serta kenderaan yang digunakan suspek semasa melakukan samun di kedai serbaneka di sekitar Seremban.

"Modus operandi suspek adalah datang ke premis serbaneka 24 jam tersebut secara berkumpulan dengan bersenjatakan parang dan melakukan samun barang-barang keperluan terutamanya rokok, makanan dan arak," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata empat daripada suspek berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban esok mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS