Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS ARAU RAMPAS 300 KILOGRAM DAUN KETUM

Arau, 23 Mei 2017 - Polis Daerah Arau merampas 300 kilogram daun ketum setelah menahan sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kereta tersebut bagaimanapun melarikan diri ke dalam kebun getah berhampiran.

Katanya kejadian itu berlaku kira-kira 9.45 pagi semasa dua anggota yang meronda dengan sebuah kereta terserempak sebuah kereta  Proton Wira bernombor WGU6554 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis mengarahkan pemandu kereta tersebut berhenti tetapi pemandunya memecut ke arah Guar Sanji dan ditahan di hadapan SK Pauh,” katanya kepada pembeirta di sini, hari ini.

Nanda berkata setelah diperiksa, polis menemui 30 bungkusan daun ketum seberat 300 kilogram serta satu pas sempadan atas nama Mohd Syahizan Sharip. Kenderaan tersebut dibawa ke Balau Polis Arau untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS