Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN TUJUH PENIAGA JUAL BUNGA API, MERCUN TANPA PERMIT SAH

Bagan Serai, 13 jun 2017- Polis menahan tujuh peniaga dan merampas 24 jenis mercun serta bunga api bernilai RM 5,000 di tapak ekspo Dataran Alamanda Pusat Bandar, Parit Buntar di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam serbuan pada pukul 9 malam itu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen  (IPK) Perak menahan kesemua lelaki berumur 18 hingga 43 tahun  kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit yang sah.

"Hasil siasatan mendapati mercun dan bunga api yang dijual itu tidak mendapat kelulusan polis. Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya membenarkan penjualan 12 jenis bunga api dan mercun seperti mercun pop-pop," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata pihaknya juga sedang menyiasat dari mana mereka memperoleh bunga api dan mercun kerana barangan itu perlu diperoleh  daripada pembekal yang dibenarkan KDN.

Beliau berkata mereka yang melakukan kesalahan itu  boleh didakwa mengikut Seksyan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denga RM10,000 atau kedua-duanya.

"Kita akan terus mengambil tindakan kerana tidak mahu ada yang cedera akibat bermain mercun selain ia boleh menganggu ketenteraman awam,” katanya.

--BERNAMA



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS