Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN LELAKI OKU MILIKI DADAH

Miri, 18 Jun 2017 – Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rakyat tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Lorong 9 Krokop di sini, pada 9.45 malam semalam​​​​​.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata ketika ditahan, suspek yang berusia 49 tahun sedang berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi dan turut ditemui ialah dua plastik hitam mengandungi ketulan kristal dadah syabu.

“Berat kasar dadah yang dirampas ialah 30 gram dengan nilai pasaran RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan ​lampau berkaitan dadah turut positif dadah methamphetamine dan amphetamine setelah ujian air kencing dijalankan.

“Suspek disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

-- BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS