Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN EMPAT LAGI SUSPEK CUBAAN BUNUH DI MENGLEMBU

POLIS TAHAN EMPAT LAGI SUSPEK CUBAAN BUNUH DI MENGLEMBU

IPOH, 4 Julai (Bernama) -- Polis menahan empat lagi suspek hari ini yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan yang membawa kepada cubaan membunuh menggunakan senjata api di Menglembu pada Ahad lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Gan Tian Kee berkata empat suspek yang berusia 24 hingga 34 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini.

"Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan bunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan, dalam kenyataan hari ini berkata dalam insiden kira-kira 8 malam itu, seorang suspek lelaki telah melepaskan satu tembakan ke arah tiga individu. 

Katanya insiden itu berpunca daripada pertengkaran antara dua kumpulan semasa menonton perlawanan bola sepak di Padang Ipoh kira-kira 4 petang hari yang sama.

Menurut Hasnan, suspek kemudian telah melepaskan enam das tembakan ke arah tiga mangsa dan ia mengenai ketiga-tiga mangsa yang berusia 21 hingga 29 tahun.

Beliau berkata pihaknya berjaya menangkap empat orang suspek berusia 21 hingga 35 tahun sekitar Ipoh dan Batu Gajah semalam selepas pihaknya melancarkan operasi susulan kejadian itu.

Menurutnya siasatan polis mendapati mangsa adalah dari Geng 08, manakala suspek dari Geng 21 dan kes disiasat di bawah Seksyen  307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1967.

--  BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS