Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN PENGEDAR DADAH, RAMPAS SEJUMLAH SYABU DAN HEROIN

 

POLIS TAHAN PENGEDAR DADAH, RAMPAS SEJUMLAH SYABU DAN HEROIN

ROMPIN, 10 Julai (Bernama)  – Polis  menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu dalam satu pemeriksaan yang dijalankan di tepi Pantai Kuala Pontian, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, suspek berusia 37 tahun, ketika itu sedang menaiki sebuah motosikal sebelum diarahkan berhenti oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Insp Mohd Azrul Nizam Zainudin bagi tujuan pemeriksaan.

"Suspek telah bertindak melarikan diri dengan memecut motosikal hingga terjatuh atas pasir pantai sebelum berlari ke arah hutan berhampiran di tepi pantai berkenaan.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan setelah berlaku pergelutan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan tiada ada barang salah yang ditemui,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas beg pinggang milik suspek di sebelah motosikal yang terjatuh itu, polis berjaya menemui dua bungkusan dadah yang mengandungi heroin seberat 31.29 gram dan syabu seberat 6.2 gram yang kesemuanya dianggar bernilai RM2,000

Katanya selain itu polis turut merampas wang tunai pelbagai wang kertas berjumlah RM1,011 dan siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan bahan terlarang itu diperoleh daripada seorang lelaki digelar 'Panjang' di Endau, Johor untuk diedarkan kepada pelanggan sekitar kawasan.

"Suspek yang disahkan positif dadah turut mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Azli berkata, suspek ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

-- BERNAMA 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS