Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

OP CANTAS KHAS: POLIS TAHAN 70 PATI

 

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Seramai 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam Op Cantas Khas di Pasar Borong Selayang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata dalam operasi  empat jam bermula 11 malam  tadi, polis menahan 60 lelaki dan 10 wanita Indonesia, Myanmar, Bangladesh serta India.

"Dalam operasi itu, kita turut menahan seorang lelaki warga tempatan kerana membenarkan imigran haram tinggal di rumahnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat  Polis Daerah (IPD) Gombak bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

Op Cantas Khas itu melibatkan 200 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan IPD Gombak.

Fadzil berkata penahanan PATI adalah antara usaha mengurangkan masalah sosial dan jenayah selain mengurangkan kebimbangan masyarakat setempat.

-- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS