Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN REMAJA DIPERCAYAI PENGEDAR DADAH

Sibu, 7 Ogos 2017 - Polis Sibu memberkas seorang remaja lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lorong Ulu Sungai Merah di sini tengah hari ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, remaja berusia 18 tahun itu ditahan di sebuah bilik tidur bersama dadah yang disimpan dalam sebuah beg bagasi berwarna biru.

Polis menemui sebanyak 75 paket plastik berwarna merah mengandungi serbuk dadah; satu paket plastik lutsinar mengandungi 20 biji pil berwarna merah jambu seberat 6.42 gram; satu paket plastik lutsinar mengandungi 15 biji pil berwarna merah jambu seberat 4.80 gram; dan satu paket plastik mengandungi lapan biji pil berwarna hijau muda seberat 1.68 gram – kesemuanya dipercayai dadah jenis ecstasy.

Turut ditemui dua kotak rokok berwarna biru masing-masing mengandungi tiga batang dan 17 batang rokok yang disyaki mengandungi dadah jenis ganja.

Menurut beliau, serbuk ecstasy itu keseluruhannya dianggarkan bernilai RM11,250 manakala pil esctasy dan ganja itu masing-masing bernilai RM730 dan RM1,400.

Remaja itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bebahaya 1952.

-- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS