Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN ENAM SUSPEK CURI KABEL ELETRIK DI MIRI

Miri, 17 Ogos 2017 - Polis menangkap enam suspek lelaki rakyat tempatan berusia 27 dan 36 tahun dipercayai terlibat dalam lima kes kecurian kabel elektrik di Kuala Baram serta Senadin di pinggir bandar raya Miri.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata tangkapan dilakukan pada Isnin dan Selasa lepas setelah mendapat kerjasama daripada Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Kesemua suspek yang tidak bekerja mempunyai pengalaman dalam pemasangan kabel elektrik, turut dirampas ialah dua buah kenderaan, kabel milik SEB dan tiga batang cangkul,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pusat Miri hari ini.

Lim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Pengurus Wilayah Utara SEB Tan Joo Kok yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, pada tahun ini sahaja, 19 kes kecurian kabel elektrik berlaku di bandar raya Miri melibatkan kerugian berjumlah RM622,500.

-- BERNAMA

 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS