Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN SUSPEK KES BUNUH WARGA KOREA SELATAN

Kuantan, 17 Ogos - Polis hari ini menahan seorang lelaki warga Korea Selatan yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes pembunuhan rakan senegaranya, Selasa lalu, yang ditemui dalam keadaan berbungkus di dalam tandas sebuah hotel di Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata suspek yang berumur 57 tahun itu ditahan semasa cuba melarikan di perkarangan Blok Tanjung, Flat Bukit Tinggi, Bentong, dekat sini, pada kira-kira 2.45 petang. 

Polis menjalankan tugas rondaan di situ, selepas risikan mendapati suspek berada di kawasan sekitar flat berkenaan.

Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih daripada suspek dan telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohamad Mansor berkata suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Selasa lalu, seorang wanita warga Korea Selatan, Xiang Lian Jin, 92, ditemui mati di dalam tandas sebuah hotel dalam keadaan berbungkus dengan cadar pada kira-kira 8.40 pagi, kira-kira 17 jam selepas biliknya dimasuki seorang lelaki bersenjatakan pisau. 

Mangsa yang bersama pembantu rumahnya dipukul lelaki terbabit di dalam bilik berkenaan, sebelum suspek menarik mangsa ke tandas, yang kemudiannya melarikan diri dengan meninggalkan mangsa di dalam tandas yang berkunci. 

Suspek dipercayai melepaskan dendam kepada mangsa kerana bermasalah dengan anak sulung mangsa berkaitan urusan peminjaman wang di pusat peranginan itu, selain mendakwa dirinya sering diburukkan oleh anak mangsa.

-- BERNAMA      
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS