Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS MARIN RAMPAS MERCUN, BUNGA API BERNILAI RM65 RIBU

Pasir Puteh, 30 Mei 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 yang berpangkalan di Kuantan, Pahang merampas mercun dan bunga api bernilai RM65,000 di sebuah stor di pekan Cherang Ruku di sini, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 3, ACP Norzaid Mohd Said berkata, rampasan itu dilakukan dalam serbuan 10 anggota dan seorang pegawai pada 11 malam, hasil risikan yang dijalankan selama tiga hari.

"Mercun bola antara barangan rampasan yang sangat berbahaya kerana ia boleh dilontar ke arah jarak jauh,” katanya kepada pemberita di Markas Tektikal Pasukan Polis Marin Tok Bali, di sini, hari ini.

Norzaid berkata, pihaknya percaya mercun dan bunga api itu diseludup dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Tok Bali dan Pasir Puteh yang mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri pertengahan bulan depan.

“Tiada tangkapan dalam serbuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memperketatkan kawalan di kawasan sempadan untuk membendung kegiatan tersebut manakala orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS