Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TAHAN 758 ' TAHI JUDI' DI PAHANG

Kuantan, 30 Julai 2018 – Polis Pahang menahan seramai 758 tahi judi hasil 313 serbuan yang dilakukan di premis judi haram yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga dan premis snooker di seluruh daerah di negeri ini sejak awal Jan hingga 30 Jun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Abd Rahman berkata jumlah tangkapan yang direkodkan dalam Ops Dadu itu meningkat sebanyak 56.6 peratus berbanding hanya 484 tangkapan yang dilakukan pada tempoh sama pada tahun lepas.

“Jumlah wang taruhan yang berjaya dirampas pada tahun ini juga meningkat 211. peratus iaitu daripada hanya RM39,934 untuk tempoh enam bulan pertama pada tahun lalu kepada RM124,378 pada tahun ini.

“Kebanyakan mereka yang ditahan adalah penjaga premis perjudian dan pemain judi yang majoritinya berusia di antara 30 tahun sehingga 40 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini hari ini.

Pada majlis itu, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri diantik menjadi Ketua PolisPahang yang baharu menggantikan Datuk Jamaludin Kudin berikutan persaraannya pada 29 Jun lalu.

Mohd Yusri, mengambil alih tugas berkenaan yang sebelum ini dipangku oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Othman Nanyan.

Mengulas lanjut tentang Ops Dadu, Rosli berkata peningkatan kes yang direkodkan adalah hasil tindakan bersepadu yang dilakukan oleh daripada pasukan Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang dan semua ibu pejabat polis daerah (IPD) di negeri ini.

“Bagi menangani kes ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat, pihak polis mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan pasukan pemantau daripada IPK Pahang dan IPD di setiap daerah untuk mengenalpasti premis yang disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian.

“Untuk premis yang masih menjalankan kegiatan perjudian walaupun tindakan penguatkuasaan telah dilakukan, tindakan permohonan pemotongan bekalan air dan elektrik turut dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Selain itu, katanya pihak polis juga akan melakukan lebih banyak risikan terhadap premis-premis perjudian yang menjalankan kegiatan itu di sebalik pusat hiburan keluarga dan akan berkerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam menyelaras serta memantau lesen pusat hiburan keluarga yang dikeluarkan.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS