Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

LIMA AHLI GENG LUQMAN DICEKUP

 

Kelicikan sekumpulan lima lelaki dikenali Geng Luqman menyamun pasar raya mini dan rumah di dua daerah di Melaka hanya bertahan kira-kira sebulan selepas mereka diberkas polis baru-baru ini.

Kesemua suspek berusia 19 hingga 25 tahun termasuk dalang utamanya dikenali Luqman ditahan secara berasingan dalam operasi khas di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal pada Khamis lalu.

Polis turut merampas pelbagai barangan disyaki hasil samun antaranya telefon bimbit, beg sandang, motosikal, topi keledar, sebilah parang dan pisau.

Siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dalam jenayah tersebut sejak Julai lalu.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS