Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS TUMPASKAN SINDIKET PERJUDIAN ANTARABANGSA

Pulau Pinang, 25 Okt. 2018 - Polis melumpuhkan satu sindiket perjudian secara online dari China yang menjadikan negeri ini sebagai pusat operasi.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Datuk Zainol Samah berkatap, sindiket itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai di Bandar Baru Air Itam di sini, diserbu kira-kira pukul 11.15 malam kelmarin.

Dalam serbuan Ops Dadu itu, kata beliau, seramai 32 warga China masing-masing sembilan wanita dan 23 lelaki ditahan bersama seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an.

Ujarnya, siasatan awal mendapati sindiket itu sudah beroperasi menawarkan perkhidmatan perjudian dalam talian sejak April lalu dengan nilai bulanan mencecah RM360,000 (600,000 yuan).

"Aktiviti perjudian loteri 5D dan 6D itu hanya ditawarkan kepada rakyat China menerusi laman web FHKK 888.

"Kesemua warga China yang ditahan sememangnya masuk ke negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian itu dan lelaki warga tempatan itu pula mungkin berperanan untuk memudahkan aktiviti mereka," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Zainal, dalam serbuan sama, pihaknya turut merampas sebanyak empat buah modem; 34 set komputer; 31 telefon bimbit pelbagai model; 70 helai kertas bercatit; alat perakam waktu dan kamera litar tertutup (CCTV).

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63.

Sumber: PDRM Pulau Pinang dan Utusan Online

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS