Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

POLIS KINABATANGAN TAHAN LELAKI DISYAKI BUNUH ISTERI

Kinabatangan, 28 Oktober 2018 - Polis menahan seorang lelaki berusia 30an yang disyaki menetak isterinya yang berumur 27 tahun hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A.Sahak Rahmat berkata dalam kejadian malam tadi, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran, namun penganggur itu dapat meloloskan diri, dan hanya ditangkap hari ini.

“Siasatan awal mendapati pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira pukul 8.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya pasangan suami isteri warga Indonesia itu didapati tidak mempunyi dokumen pengenalan diri, dan si isteri yang bekerja sebagai pemungut biji kelapa sawit di ladang, ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan kesan beberapa kesan tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan.

A.Sahak berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS